Berikut adalah ringkasan CARA MEMOHON PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP.
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga saluran berikut:
i. Secara dalam talian(e-Pengeluaran melalui i-Akaun);atau
ii. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my; atau
iii. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja.
APAKAH FUNGI FASILITI PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP?
Ia merupakan satu kemudahan pengeluaran wang KWSP dari Akaun 2 ahli.
BERAPA JUMLAH MAKSIMUM PENGELUARAN YANG DIBENARKAN?
Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
BAGAIMANAKAH CARA PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP?
Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP?
Maklumat akan menyusul nanti.
BILAKAH PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN BANK AHLI ?
Bermula Mei 2020
BILAKAH TARIKH PENDAFTARAN BERMULA?
-Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
-Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian
SYARAT MEMOHON PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP?
Maklumat akan menyusul nanti.
BERAPAKAH TEMPOH MAKSIMUM PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP?
Tempoh maksimum adalah 12 bulan.
KESIMPULAN MEMOHON PENGELUARAN I-BESTARI AKAUN 2 KWSP
Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari). Permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual.
Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat. Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.
Sumber-kwsp