Thursday, April 20, 2017

Benji ditahan kali ke5

1. Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sekali lagi ditangkap kes dadah, kali ni dia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia yang menemui dadah jenis syabu yang disorokkan di bahagian sulit.
2. Anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty tersebut diberkas setelah dua paket syabu berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, laporan portal Detikcom.

3. Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang berkenaan menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

4. Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

5. Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015,” ujarnya.

6. Laporan berkenaan turut menyebut, Benjy kini ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana. 

SumberUTUSAN ONLINE

LinkWithin