Sunday, May 21, 2017

Punca cuaca kini panas

Berikut adalah keterangan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi berhubung fenomena cuaca dan suhu panas yang melanda negara ketika ini.
1. Keadaan ini berlaku berikutan negara mengalami monsun barat daya yang menyebabkan kekurangan taburan hujan hingga menjadikan cuaca panas kering serta peningkatan suhu.

2. Fenomena ini dijangka bermula dari penghujung bulan Mei 2017 dan berlarutan hingga bulan September 2017 dimana jumlah taburan hujan berkurangan berbanding sebelumnya.

3. Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah-langkah perlu bagi menghadapi situasi ini, antaranya mengurangkan aktiviti luar selain lebihkan meminum air masak. 

4. Situasi keadaan ini adalah bersifat sementara dan orang ramai dinasihatkan tidak panik mengenainya.

LinkWithin