Tuesday, April 18, 2017

Tiada tawaran berlakon, pelakon jual Nasi Lemak tepi jalan

1. kekurangan tawaran berlakon hampir tiga tahun membuatkan pelakon popular Mak Cun ambil langkah membuka gerai di tepi jalan demi menambah pendapatan.
2. Gerai Balkisyh menawarkan nasi ayam kukus dan laksa utara sebagai menu utama telah beroperasi sekitar dua minggu lalu di Wangsa Maju.

3. Pada Tahun pertama masih boleh bertahan lagi tanpa tawaran berlakon, tetapi masuk tahun ketiga saya perlu fikirkan sesuatu kerana saya sudah berkeluarga dan perlu menampung kos perbelanjaan harian kata balkish.

4. Kemudian saya ambil keputusan buka gerai tepi jalan di Wangsa Maju dengan menjual nasi ayam kukus dan laksa utara. Walau baru sahaja mula beroperasi saya gembira kerana ia mendapat sambutan.

5. Kenyataan tersebut dibuat beliau ketika ditemui di majlis pelancaran Mak Cun Mart di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini. 

6. Mengulas wataknya dalam drama bersiri Mak Cun, Balkisyh melahirkan rasa gembira kerana watak tersebut berjaya menggilap bakatnya sebagai seorang pelakon komedi.

7. Namun dari sisi negatif, beliau mengakui watak itu juga sedikit sebanyak membunuh keriernya kerana tidak mendapat sebarang tawaran watak lain. Balkisyh mendakwa karakter watak tersebut begitu kuat dan bagai sudah menjadi identitinya.

8. Watak komedi saya dalam Mak Cun memang paling menyerlah dan dikenali tetapi saya sedar ia beri kesan buruk pula apabila saya tidak diberi watak lain kerana watak Atul itu benar-benar melekat dengan saya. 

9. Selama tiga tahun ini saya tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon dari produser lain.

Sumber-astro gempak

LinkWithin