Monday, April 17, 2017

SISTEM KEJARA: jenis kesalahan dan hukuman kepada pemandu

Berikut merupakan maklumat yang perlu anda tahu mengenai sistem KEJARA.

1. Sistem Kejara mula berkuatkuasa pada 15 April 2017. Pemandu boleh dibatalkan lesen jika memenuhi jumlah mata.

2. Permulaan, hanya kesalahan melebihi hadlaju dan langgar lampu merah saja akan diambil kira.

3. Jumlah 23 kesalahan akan dimasukkan di bawah “Automated Awareness Safety System” (AWAS) sebelum hujung tahun ini.
-----------------------------------------------------------
Jenis kesalahan dan jumlah mata.
-Langgar lampu isyarat ketika merah= empat mata
Memandu melebihi had laju=
1 – 25 km/h = dua mata,
20 – 40 km/h = tiga mata
40 km/h dan ke atas = empat mata
Kumpul 20 mata=amaran
Kumpul 40 mata=gantung lesen enam hingga lapan bulan
Kumpul 60 mata=gantung lesen lapan hingga sepuluh bulan
Kumpul 80 mata=gantung lesen sepuluh hingga 12 bulan
Kumpul 100 mata=lesen batal
Pemagang lesen P= kumpul 20 mata, lesen akan terbatal.
-----------------------------------------------------------
4. Lesen memandu akan dibatalkan jika pemandu mempunyai tiga kali penggantungan lesen dalam tempoh lima tahun.

5. insentif pengumpul mata demerit yang tidak melebihi 20 boleh mengikuti kursus pemulihan.

6. Jika lulus,mata demerit sedia ada akan ditolak separuh. Insentif ini hanya boleh diambil sekali dalam tempoh memegang suatu lesen memandu.

7. Pemandu dengan lesen memandu yang dibatalkan, boleh mengambil semula dan harus lulus ujian lesen memandu untuk mendapatkan lesen memandu yang baharu selepas tempoh 12 bulan dari tempoh penggantungan lesen.

8. Lesen yang digantung atau dibatalkan perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pengakutan Jalanraya (JPJ).

9. Jika didapati memandu semasa lesen digantung atau batal, denda antara RM3,000 ke RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

LinkWithin