Wednesday, April 12, 2017

Miliki rumah 65k pada harga 45k sahaja

Assalamualaikum semua.
Inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri. Program Rumah Bina Negara.

1. Rumah Bina Negara (Rumah BN) telah dilancarkan pada hari isnin lepas oleh Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri KKLW.

2. Rumah BN dibina untuk generasi dua luar bandar yang belum mempunyai rumah. Harga bagi sebuah rumah ialah hanya RM45k.

3. Kos sebenar adalah sekitar RM65k, Kerajaan memberikan subsidi berjumlah RM20k.

4. Antara syarat-syaratnya rumah mesti di atas tanah sendiri.

5. Sekiranya permohonan atas tanah orang lain orang lain pemohon perlu mendapat keizinan dari pemilik tanah.
6. Pinjaman diuruskan oleh bank rakyat. Bayaran ansuran bulanan tidak lebih rm250 sebulan.

7. Permohon tidak perlu menggunakan slip gaji sebagai bukti pendapatan, hanya perlu pengesahan pemimpin tempatan termasuk KUB.

8. Rumah adalah untuk kegunaan sendiri dan TIDAK boleh disewakan kepada orang lain atau warga asing.

9. Rumah yang didirikan adalah rekabentuk seperti diatas yang berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

10. Borang boleh permohonan boleh di perolehi di Pejabat RISDA, Pejabat UMNO Bahagian, Pejabat ADUN dan Pejabat MP.

P/s : panjangkan kepada yang lain sekiranya info ni dianggap berguna.

LinkWithin