Friday, April 14, 2017

Bandar terbesar di utara

Mengenali apa yang tak dikenal, sejarah membentuk kita hari ini dan seterusnya.

1. Sungai Petani mendapat namanya daripada anak sungai yang mengalir dari Sungai Merbok apabila kampung terawal muncul di tanah tinggi yang sekarang dikenali sebagai pekan lama. 

2. Bandar ini juga yang terbesar di Kedah berbanding bandar raya Alor Setar di bahagian tengah negeri di utara Semenanjung Malaysia itu 370 kilometer ke Kuala Lumpur dan 50 kilometer ke Alor Setar.

3. Sungai Petani pesat membangun pada awal abad ke-20 dan meninggalkan banyak tinggalan sejarah termasuk bangunannya yang sehingga kini masih ada walaupun pembangunan di kawasan itu semakin berkembang.

4. Antaranya Bangunan UMNO masih kekal dan digunakan sehingga kini dengan dinaik taraf selain dicat baru namun struktur lamanya tetap sama.
Jalan utama Sungai Petani, terletaknya Hongkong Shanghai Bank di sebelah kiri dan terdapat menara jam. Bangunan itu masih kekal namun kini menempatkan Bank HSBC.

5. Menara jam itu yang dibina pada 1934 dengan kos RM17,000 pada ketika itu dan disumbangkan Lim Lian Teng kepada penduduk Sungai Petani sempena memperingati King George (1910-1936) juga masih tersergam indah sehingga kini.

6. Selain itu Stesen Bas Sungai Petani yang digunakan penduduk sehingga kini masih kekal dan wujud menjadi pengangkutan warga Sungai Petani apabila bangunan lama di sekelilingnya ada yang masih kekal.

8. Bangunan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim juga masih kekal namun ditambah baik dan ditukar nama kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

9. Masjid Kampung Raja, Jalan Kuala Ketil, Kedah, kira-kira satu kilometer dari Sungai Petani juga masih wujud tetapi dinaik taraf selain terdapat bangunan lain di sekelilingnya.

10. Balai Polis Sungai Petani di Jalan Ibrahim juga masih kekal dan digunakan sehingga kini.
Penduduk, Zamzuri Arif, 45, berkata, Sungai Petani mengalami perubahan yang pesat dengan kepadatan penduduk yang semakin bertambah.

11. bandar itu juga kini turut mempunyai banyak jalan raya dan kian sesak hari demi hari.“Dulu kita dapat lihat jalan raya di bandar ini agak lengang, namun situasi itu berbeza pada hari ini.

12. Selain itu, Sungai Petani juga mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan dan penduduk tidak perlu untuk keluar ke tempat lain kerana segalanya ada di sini.

Sumber-metro

LinkWithin