Tuesday, April 11, 2017

Kemalangan dengan kenderaan tiada insuran,Apa yang perlu anda lakukan

1. Ramai pengguna jalanraya tidak tahu apa tindakkan yang boleh diambil sekiranya terbabit dalam kemalangan jalanraya dan cedera dilanggar dengan kenderaan yang tiada insurans, ditambah lagi pemilik kenderaan tersebut tidak mahu membayar gantirugi dan kecederaan.

2. Pekara ni sudah tentu menimbulkan perbalahan dan ketegangan kerana kecuaian orang lain, org lain pula yang menanggung akibat, dah cedera kemudian kena keluar duit sendiri untuk kos ubatan, tak adil la bukan salah kita. Jadinya kat mana kita boleh claim?

3. Sebenarnya, kes macam ni boleh claim melalui Motor Insurers’ Bureau (MIB) MIB tu apa? adakah ianya Syarikat insurans ke?

4. MIB sebenarnya bukanlah syarikat insuran, tetapi MIB merupakan biro yang memberi  saguhati khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang telah dilanggar dengan kenderaan yang tidak berinsuran.

5. Dari mana MIB mendapatkan sumber kewangan ? salah satu sumbernya adalah dari syarikat insurans, dimana setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.


6. Sekiranya berlaku seperti perkara diatas tadi, tuntutan boleh dibuat melalui MIB dengan syarat-syarat seperti dibawah:

a. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
b. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar
c. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
d. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
e. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
f. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.

7. Dokumen dan maklumat diperlukan MIB untuk tuntutan :

a. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
b. Repot polis
c. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
d. Laporan perubatan.

8. Hantar dokumen diatas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

LinkWithin