Monday, March 27, 2017

Gegar vaganza islamik

1. Saluran Islamik, Astro Oasis buat pertama kalinya mempertaruhkan program realiti baharu, Gema Gegar Vaganza yang bakal menemui penonton 8 April depan.

2. Ketua Saluran Melayu, Raqim Ahmad berkata, program ini juga mengetengahkan gandingan baharu dan lama apabila membariskan kumpulan nasyid seperti Hijjaz dan Mirwana serta penyanyi solo seperti Bienda dan pendatang baharu, Wani.

3. Pengenalan program baharu itu sesuai dengan matlamat saluran Oasis untuk menambah penonton-penonton baharu khususnya generasi muda.

4. Setiap peserta menjalani uji bakat sama seperti program Gegar Vaganza. Kita bukan mahu “meminjam” populariti program Gegaa Vaganza, tapi konsepnya sama.

5. Program ini juga menggandingkan pengacara baharu seperti Fikri Lawak Solo, Siti Nordiana dan Achey. Kita mahu tonjolkan kelainan dan nantikan kejutan-kejutannya,” katanya.

6. Program itu bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB dan akan diadili oleh komposer, Farihin Abdul Fattah dan pelakon dari Indonesia, Oki Setiana Dewi.

-UTUSAN ONLINE.

LinkWithin