Wednesday, April 26, 2017

Bermula hari ini tiada lagi urusniaga Tunai di semua lebuh raya PLUS

1. PLUS memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di semua plaza tol bermula hari ini. 

2. Tiada lagi urus niaga atau transaksi tunai di semua 94 plaza tol lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

3. Fasa terakhir inisiatif transaksi 100 peratus elektronik yang melibatkan laluan Juru-Skudai dilaksanakan pukul 12 tengahari tadi.
4. Dengan pelaksanaan 100 peratus bayaran tol secara elektronik itu orang ramai hanya boleh membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.

5. Kaedah ini bagi membantu pengguna melalui plaza tol dengan lebih mudah dan selesa kerana secara amnya pembayaran tol secara elektronik adalah 300 peratus lebih pantas daripada pembayaran secara manual atau tunai.

6. Pelaksanaan peringkat awal telah dijalankan di plaza tol dan laluan lain di utara dan selatan sejak beberapa tahun lalu dan kesanya positif.

7. Bagaimanapun ketika ini terdapat lebih 9,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara yang meliputi mesin ATM, stesen minyak, kedai serbanika 24 jam, pasaraya untuk kemudahan pengguna.

8. Kad PLUSMiles boleh didapati di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS. Lorong jualan dan tambah nilai di plaza tol akan dibuka bagi membantu orang ramai yang tidak mempunyai kad elektronik.

9. Orang ramai yang tidak mempunyai kad masih boleh menggunakan MyKad masing-masing sebagai transaksi tol.

Dipetik-Utusan online

LinkWithin