Monday, April 24, 2017

Lokasi sebenar Kamera AES jenis kesalahan dan jumlah kompaun oleh-JPJ

1. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan telah memasang sebanyak 400 unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diseluruh negara.

2. Jumlah sebenar hanya 14unit yang telah dipasang diseluruh negara dan bakal ditambah secara berperingkat, maklumat 400 unit kamera adalah tidak benar.

3. Pemasangan kamera tersebut bertujuan mengesan had laju kenderaan,berikut adalah lokasi sedia ada yang dipasang dengan sistem ini.
a) Kilometer 375.9 lebuhraya PLUS-Slim River Arah Utara. 
b) Kilometer 7.0 Jalan Maharajalela-Teluk Intan arah ke Bagan Datoh.
C) Kilometer 91 Jalan Ipoh-Butterworth arah ke selatan.
d) Kilometer 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah ke selatan.
e) Kilometer 6.6 SKVE Puchong ke Kajang dan Jalan Lebuh Sentosa,Putrajaya Kajang-PICC, Jalan Persiaran Timur Putrajaya-Kajang.
f) Kilometer D7.9 Sungai Besi-Kuala Lumpur arah ke selatan.
g) Kilometer 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang arah ke utara.

4. Lokasi kamera AES di kawasan lampu isyarat pula adalah seperti berikut:

a) Kilometer 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, persimpangan Kg Kerdah.
b) Jalan Pasir puteh-Ipoh, persimpangan Jalan Temenggung,Jalan King.
c) Kuala Lumpur, Jalan Ipoh persimpangan Jalan Perhentian,Sentul.
d) Jalang Klang Lama Kuala Lumpur,persimpangan Jalan Sepadu.

5. Fasa pertama Pemberian mata Demerit hanya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan gagal berhenti dilampu isyarat merah.

6. Pemandu yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak kurang rm300 dan tidak melebihi rm2,000.

Sumber-1host.blogspot.com

LinkWithin