Sunday, May 7, 2017

Usop mentor juara dihati peminat

Tv3 - Tamat sudah program mentor milenia 2017, tinjauan kami mendapati rata-rata peminat kurang berpuas hati dan mengharapkan usop menjadi juara mentor milenia kerana bakat dan populariti beliau.
Usop mentor mencetuskan fenomena diawal kemunculan hingga akhir episod mentor milenia, Elica diangap sebagai hanya bernasib baik sahaja kerana persembahan malam tadi menampakkan kelainan dan kesungguhan, manakala pemilihan lagu usop yang kurang 'kena' juga antara penyebat usop kurang berbisa.

Tinjauan melalui facebook juga rata-rata netizen mendambakan usop sebagai juara dan berpendapat walaupun Elica muncul juara namun Usop adalah Juara dihati peminat. Tidak dinafikan mentor kali ni hambar kalau tanpa kehadiran usop, dan ranking mentor milenia juga meningkat kerana fenomena usop.

Dengan ledakkan populariti dan menjadi kesukaan netizen usop mentor milenia mungkin bakal menengelamkan nama sang juara diluar sana nanti.

Apa pun tahniah dari pihak kami kepada semua peserta-peserta diatas kejayaan masing-masing,berikut adalah keputusan senarai kedudukan peserta mentor milenia 2017:

Elica - Juara (Akim)
Usop - Naib Juara (Hazama)
Along - Ketiga (Tomok)
Sheera - Keempat (Black).

LinkWithin