Tuesday, December 19, 2017

CIKGU AZIZAN BAKAL DISAMAN WARIS SEMULA

SEREMBAN : Keluarga murid yang ditampar guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai berhasrat menyaman guru tersebut kerana mencederakan anak mereka.

1. Ibu murid tersebut Mas, 45, memberitahu yang mereka terkilan dengan keputusan mahkamah melepaskan cikgu Azizan Manap atau Cikgu Azizan, dan menimbang untuk mengemukan saman sivil selepas ini.

2. Menurut ibu murid yang ditampar itu mereka mempunyai bukti  kecederaan serius dialami anak bongsu mereka yang ditampar guru terbabit, ini termasuklah bukti gambar dan laporan perubatan.

3. "Pipi anak saya merah (cedera) manakala telinganya berdesing akibat ditampar. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu. "Kami akan dedahkan semua bukti berhubung kecederaan itu dalam sidang akhbar yang akan diadakan esok,"-Ibu murid.

4. Ibu murid tersebut menamakan diri sebagai Mas dan suaminya juga merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak pernah dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa anaknya mempunyai masalah disiplin sebelum ini dan hanya tahu selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan.

5. Mahkamah Majistret Seremban 19.12.2017 telah melepas tanpa membebaskan Cikgu Azizan daripada tuduhan mencederakan murid berusia 11 tahun itu.

LinkWithin