Saturday, April 29, 2017

Jual Semula Minyak Masak Yang Telah Digunakan

Jana pendapatan rm1 sekilogram minyak masak yang telah digunakan.
gambar-Hairul.com
1. Minyak masak yang telah digunakan atau minyak terpakai sebenarnya ada kegunaan dan tak perlu dibuang, sebaliknya pengguna boleh jana pendapatan sampingan daripada dibuang begitu saja.

2. Harga bagi setiap satu kilogram (kg) minyak masak terpakai, boleh dijual pada harga RM1 untuk setiap kilogram, kegunaan semula untuk diproses menjadi biodiesel.

3. Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama CIMB Foundation di samping menawarkan harga tukaran RM1 untuk satu kg minyak masak terpakai.

4. Menurut Ketua Unit Jalinan Industri dan Masyarakat Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM Prof Dr Mohd Ali Hassan, minyak masak terpakai tersebut boleh dikitar semula menjadi biodiesel menerusi proses khusus yang boleh digunakan untuk kenderaan berat seperti traktor, bas dan lain-lain.

5. Proses tersebut dikenali sebagai ‘tranesterifikasi’ yang akan memproses minyak masak terpakai diadun dengan methanol, pemangkin (catalyst),minyak masak dan bahan kimia lain untuk menjadikannya sebagai Biodiesel.

6. Kaedah proses ini akan mengambil masa sehingga enam jam untuk menghasilkan 100 liter biodiesel yang dibuat seminggu sekali - Biorefinery UPM.

7. Kempen ini dibuat supaya orang ramai yang maaih tidak tahu supaya menyedari komoditi itu boleh digunakan dan bukan dibuang begitu saja.

8. UPM menyeru orang ramai supaya mengumpul minyak masak terpakai dan hantar ke tiga pusat pengumpulan UPM iaitu:

A. Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC).
B. Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB).
C. Loji Pandu Biokompos di Kompleks Biorefinery untuk ditukar minyak masak terpakai kepada wang tunai.

9. Setakat ini UPM sekadar menerima bekalan daripada kakitangan UPM sendiri untuk diproses menjadi biodiesel bagi kegunaan bas dan traktor di UPM dengan jumlah yang amat terhad.

10. Mohd Ali mendapat idea memproses minyak masak terpakai itu melalui rakan dari Jepun, selain melawat sebuah bandar di Izuka, Jepun yang memproses biodiesel.

11. Di Jepun penduduk sekitar menyerahkan minyak masak terpakai kepada pusat pengumpulan di sana sebelum ia diproses golongan kurang upaya. Ia menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk di Izuka, selain kenderaan berat di sana mesra alam.

12. Kemajuan proses menghasilkan biodiesel ini hasil penyelidikan selama lima tahun oleh Penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) Mohammed Abdillah Ahmad Farid dan Dr Mohd Ali.

13. Melalui campuran 90 peratus diesel tulen dan disuntik 10 peratus biodiesel tanpa perlu pengubahsuaian enjin kenderaan selamat digunakan dan mesra alam.

14. Pengurus Cawangan CIMB Bank di UPM Zuraiti Zakaria berkata, Yayasan CIMB menyerahkan dana RM45,000 kepada UPM untuk menjalankan projek biodiesel berkenaan.

15. Langkah CIMB ini adalah sebagai inisiatif dalam membantu masyarakat, sekali gus menangani isu kos bahan api yang meresahkan semua pengguna.

Sumber - banyak membaca

LinkWithin