Wednesday, May 3, 2017

Pembantu Warden Tahfiz kes adik Thaqif Dibebaskan hari ini

Pembantu Warden Yang Ditahan dalam Siasatan kes Kematian Bekas Pelajar Madrasah Tahfiz adik Mohd Thaqif, Dibebaskan Dengan Jaminan Bon Mahkamah, Hari Ini.
Suspek 29 tahun yang juga merupakan Warden bagi Tahfiz berkenaan berbaju lokap berwarna jingga dibawa ke Mahkamah Majistret pada pukul 12.15 tengah hari.

Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan pembantu warden itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah sebanyak RM20,000.

Sebaik dibebaskan lebih kurang pada pukul  1.00 petang, suspek yang kelihatan sebak sempat menadah tangan selain membuat sujud syukur di liar Mahkamah.

Suspek pada mulanya ditahan reman empat hari pada 23 April lalu sebelum disambung tiga hari sehingga 29 April bagi mambantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Namun, selepas siasatan kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh susulan kematian pelajar Tahfiz itu pada 26 April lalu, tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan tujuh hari bermula 27 April hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber-mstar,utusan online,1host.blogspot.com

LinkWithin