Wednesday, May 3, 2017

Kementerian Kesihatan Haramkan Terapi Ozon

Sekiranya tiada bukti saintifik yang kaedah rawatan Terapi Ozon tersebut berkesan merawat, diharap KKM juga boleh membuktikan secara saintifik juga yang rawatan tersebut tidak berkesan,dua2 pihak perlu main peranan bagi membantu pengguna supaya tak terkeliru.
foto-DrKamu
1. Kementerian Kesihatan hari ini mengharamkan semua bentuk perkhidmatan rawatan terapi ozon yang ditawarkan di klinik, salun kecantikan dan pihak yang tidak berkelayakan.

2. Menteri Kesihatan Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkhidmatan tersebut perlu dihentikan serta-merta dan kegagalan mematuhinya akan dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

3. Beliau berkata, pengharaman itu juga terpakai ke atas mesin terapi ozon yang digunakan untuk rawatan terapi.

4. Kementerian menegaskan bahawa terapi ozon merupakan rawatan yang tidak diiktiraf dan boleh menyebabkan komplikasi perubatan termasuklah kematian.
UTUSAN ONLINE

Nota : Sekiranya tiada bukti saintifik yang kaedah rawatan tersebut berkesan diharap KKM pula boleh beri bukti saintifik yang rawatan ni tak berkesan,dua2 pihak boleh buktikan bagi membantu pengguna supaya tak terkeliru.

LinkWithin