Friday, August 18, 2017

SUB INSPEKTOR POLIS DITEMBAK

Alor Setar : Seorang anggota Polis PDRM berpangkat sub inspektor maut ditembak di Kedah.

1. Anggota polis berpangkat sub inspektor itu maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, dekat Napoh, Changlun, Kedah lewat malam tadi.

2. Mangsa, Abu Hashim Ismail, 54, dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, maut akibat terkena beberapa das tembakan pada tubuh badannya.

3. Butiran lanjut motif mengenai kejadian itu belum diketahui sehingga kini.

4. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses selanjutnya.

5. Maklumat awal satu sidang media dijadual diadakan oleh Ketua Polis Kedah mengenai kejadian tersebut, Datuk Asri Yusoff, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.

Sumber-astro awani

LinkWithin