Tuesday, November 28, 2017

Panduan Permohonan baru kemaskini BR1M

Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018 bermula 27 NOV 2017 hingga 31 DIS 2017, pemohon digalakkan utk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan LENGKAP.

1. Pemohon yg tidak lulus SSM yg hanya dapat RM700 tahun ini dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yg lalu perlu membuat PERMOHONAN BARU.

2. Pemohon yg tidak mengemaskini sejak BR1M 2014 juga perlu membuat permohonan baru.

3. Pemohon/pasangan/tanggungan yg berdaftar dgn SSM tetapi perniagaan tidak aktif digalakan utk TAMATKAN SSM. Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/permohonan baru.
-tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

4. Peringatan Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima PAMPLET mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017.

5. Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 untuk Negeri-negeri adalah seperti berikut :

PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG
a) 8.30am-5.00pm (ISNIN-JUMAAT)
9.00am-4.00pm (30-31 Dis 2017
minggu akhir SABTU dan AHAD).

KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU
b)  8.30am-5.00pm (AHAD-RABU)
8.30am-3.30pm (KHAMIS)
9.00pg-4.00ptg (29-30 Dis 2017
minggu akhir JUMAAT dan SABTU).

SABAH dan SARAWAK
c) 8.00am-4.00pm (ISNIN-JUMAAT)
9.00am-4.00pm (30-31 Dis 2017
minggu akhir SABTU dan AHAD)

d) Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM.

LinkWithin