Wednesday, November 8, 2017

Peringatan Teknik Scamer Terkini

KUALA LUMPUR-Terkini salah sorang yang hampir menjadi mangsa penipuan mendedahkan cara licik scamer mencari mangsa melalui panggilan telefon dan juga sms.

Dengan kepakaran para scamer ini akan menggunakan nombor telefon sama seperti paparan nombor sebenar IPD atau lain2 pihak keselamatan.

1. Salah satu cara dengan menyamar buat panggilan dari IPD berdekatan dan mengatakan kita menghadapi kes atau kemalangan yang melibatkan undang2. Bagi memperdaya mangsa mereka akan memberikan nama dan no IC yang tepat.

2. Serta untuk lebih meyakinkan mangsa scamer ini akan menyambungkan talian telefon kepada ahli mereka yang menyamar sebagai IPD yang berdekatan mangsa dan akan tanya bermacam2 soalan dalam bahasa seperti Polis.

3. Menurut polis ini adalah perbuatan Scam yang telah menghacker no telefon IPD. Tujuan nya untuk mengenakan mangsa yang ketakutan kerana di tuduh. 

4. Diingatkan semua jangan terpedaya kerana menurut polis ada kejadian, mangsa telah membayar wang sebanyak Rm20 ribu kerana panik akan tindakan undang2.

Polis Diraja Malaysia menasihatkan anda dan orang ramai supaya berhati-hati supaya tidak ditipu oleh penipu dengan cara berikut:
-Jangan jawab telefon, tidak kira siapa mereka, jika perbincangan mengenai kad bank - Tolong tutup.

-Jika mereka bercakap tentang anda memenangi sesuatu - Tolong tutup.

-Jika mereka bercakap tentang Cukai Keselamatan Awam dan Jabatan Hasil Dalam Negeri - Segera tutup.

-Pada semua mesej teks, jangan klik pada sebarang pautan - Padam semua.

-Semua panggilan telefon bermula dengan 08-111 - Jangan jawab mereka. 

Jika anda boleh melakukan semua ini, anda tidak akan Ditipu atau Tertipu.

LinkWithin