Tuesday, October 24, 2017

AWAS SERANGAN SIBER TERKINI

KIEV 25 Okt. Sebelum ini, dunia juga dikejutkan dengan serangan siber NotPetya Ransomware WannaCry yang menjejaskan banyak agensi termasuk hospital di United Kingdom.

1. Terkini sebuah serangan siber dikenali sebagai ‘BadRabbit’ pula berjaya melumpuhkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ukraine dan tiga agensi media utama Rusia semalam sebelum dikenalpasti oleh pakar IT di Jerman semalam waktu tempatan.

2. Semua operasi penerbangan terpaksa dihentikan untuk seketika dan pakar IT sedang menjalankan siasatan berhubung serangan siber ini.

3. BadRabbit dipercayai kini sedang menular ke dua buah negara lain termasuk Jerman, Turki dan Bulgaria ketika ini.

4. Sebelum ini, Eropah digegarkan dengan kehadiran serangan siber Ransomware NotPetya yang merupakan perisian merbahaya menyekat akses kepada komputer yang dijangkitinya menggunakan kaedah penyulitan dan menuntut wang tebusan sebagai syarat mengakses semula komputer.

5. Sehingga kini, pelbagai sektor dan perkhidmatan kritikal seperti kerajaan, tenaga, pengangkutan, komunikasi, kesihatan dan perbankan sudah dijangkiti oleh serangan ini membabitkan 13 negara.
- utusan.

LinkWithin